Malam ini, biasa seperti malam sebelumnya. Bintang masih bertaburan di langit, bulan masih bersinar megah, sahutan burung pungguk yang kagum akan keindahan bulan purnama dan gua yang masih belum melelapkan mata.
Mata gua terkebil-kebil di dalam kegelapan malam yang semakin hampir ke penghujung waktunya. Gua masih belum mengantuk. Walau pada awalnya gua mahu melelapkan mata. Hati gua ada sedikit celaru. Memikirkan apa yang gua rancangkan. Apa yang gua impikan. Bak kata orang putih deep thinking. Rasanya la kot. Nanti gua tanya tunang gua betul ke tak istilah orang putih tang gua pakai.
Waktu-waktu begini pastinya wajah ayah dan mak gua silih berganti. Saban hari sebelum tidur pasti gua tertanya apa yang mereka jamah pada hari ini? Sihat atau tidak mereka? Gua bukan tak pernah call mak ayah gua. Boleh dikatakan setiap hari gua call tanya khabar. Tapi lu semua pun tahu. Mak ayah ni mana nak buat anak mereka risau. Semua okay sahaja jawapan mereka. Tambahan pula, mak ayah gua bukan jenis berborak.
Ada waktunya dahulu gua rasa rugi ada mak ayah seperti mereka. Jujur gua cakap. Takde tipu bila melibatkan mak ayah ni. Bila gua tengok mak ayah orang lain boleh bergurau dengan anak-anak mereka. Buat gua cemburu. Mungkin sebab itu gua sering hilang dari rumah melepak dengan budak kampung gua dahulu.
Tetapi bila gua dah merantau, jauh dari pandangan mereka dan sedikit sebanyak keadaan gua mengubah persepsi gua. Mungkin kalau mak ayah gua tak macam yang gua ceritakan. Gua masih cashier dekat 7 eleven melayan budak sekolah nak beli slurpie. Tu la, bila fikir pasal ni mesti gua ada sedikit sebak. Apa lu orang ingat gua gangster takde perasaan ke? Gua pun ada rasa la.
Lu orang tak payah nak faham. Gua tulis bukan suruh lu orang faham.