Tuesday

Mesin Masa II

23 November 2025

Gua masih menatap lembaran kerja di hadapan gua. Suzana PA gua sudah setahun berhenti mengikut suaminya ke Dubai. Rezeki kau la Suzana dapat kahwin dengan orang kerja hebat. Kalau ada PA tak payah gua serabut nak susun kerja gua dalam fail yang tebal mencanak.

*ting

" Ada mana? Kopi jom."

Lama gua tak jumpa Afiq. Sejak dia jadi pengurus dah bertahun gua tak jumpa dia. Kali terakhir gua jumpa dia waktu dia jadi pengapit gua. Gua ambil kunci civic gua. Terus tinggalkan kerja yang berlambak.

" How's your life shid? Its been a long time since our last meet up. " Afiq membuka bicara. Dan perbualan gua dan dia berlaku hampir ke matahari tersepak awan terjatuh ke ufuk barat. Gua berjabat gaya orang kaya dengan Afiq. Sebelum gua bla afiq tunjuk sekeping gambar. Gambar dia dan keluarga bahagia dia. Gua senyum tanda bangga sebab member gua akhirnya berjaya memenangi hati gadis idamannya

Gua memandu laju civic gua terus ke Seremban. Tempat dimana gua hidup selepas gua berjaya melafazkan kata ijab dan kabul untuk memiliki kekasih hati gua. Jam di tangan menunjukkan jam 0000. Hari yang baru dan tarikh yang penting untuk gua dan isteri gua. Tarikh dimana gua dan dia mula-mula memeterai kata untuk bersama. Mengenali dan membuka ruang untuk satu sama lain.

Gua lihat rumah gua gelap. Mak cik Sharifah pasti sudah pulang. Rumah yang gua berjaya beli hasil dari perkongsian hidup dengan isteri gua. Rumah yang telah kami hiaskan dengan gelak tawa puteri dan putera kami. Gua melangkah masuk. Semuanya tersusun rapi. Bagus kerja maid gua. Sedap mata gua memandang. Gua melangkah naik meniti anak tangga.

Gua kuak kamar puteri gua yang gua gelarkan Melur. Seindah namanya begitulah puteri gua. Hasil rezeki yang Allah kurniakan.

" Maaf ayah pulang lewat sayang." gua mengucup mesra puteri gua.

Gua terus berlalu ke bilik gua. Gelap dan gua biarkan gelap. Putera kami tidur nyeyak di dalam katilnya. Hampir setahun umurnya. Gua duduk di birai katil. Mengelusi wajah manis isteri gua. Nyeyak tanpa sebarang kata. Wajah yang sentiasa ada dengan gua. Gua tatap sepuasnya.

"You. I lapar. I tunggu you " suara lunak Fatihah memecah keheningan malam.

Gua terkejut. Memang kepakaran isteri gua bercakap sambil tidur.

" Jom teman I makan. I pun lapar."

Fatihah tersenyum. Senyuman seorang isteri yang gua cintai. Gua dan Fatihah terus menuju ke dapur. Mendengar celoteh Fatihah tentang kerjayanya. Sambil aku menikmati masakannya. Ada sahaja cerita dari Fatihah. Dan gua terhibur dengan setiap perilakunya. Kasih antara gua dan dia tiada sempadannya.

" I sayangkan you. Sepenuh hati I." kata gua padanya ketika dia sedang berceloteh. Dia memandang gua dengan penuh kasih sambil tersenyum manis.

Dia adalah Fatihah. Isteri gua yang gua janjikan kebahagiaan. Isteri gua yang pernah gua katakan pada ibu dan apak, kebahagiaannya akan gua jaga rapi. Serapi kasih mereka berdua terhadap Fatihah.

Nama Fatihah seindah pemiliknya. Yang sering membuatkan gua tenang walaupun kerja gua sering merungsingkan. Melihat senyumannya, dan kepenatan gua hilang.

Malam itu berlalu seperti saat pertama gua melamarnya. Cinta yang semakin mekar. Tanpa hujungnya.

No comments:

Post a Comment