Saturday

Mesin Masa III

Gua lipat sejadah di Musolla. Hati gua gundah, risau, takut, dan berbagai lagi rasa yang buat gua tak tenang. Gua melangkah keluar. Duduk di depan bilik itu. Gua capai suratkhabar di depan gua. Gua belek dan gua tak tahu apa yang gua baca. Fikiran gua menerawang.

"So as discussed before, Dato' agreed to proceed with our plan."

Staff gua tekun mendengar. Tak berkelip. Suzana sedang tekun mengambil minit mesyuarat. Nak mampus kalau dia tak amik. Percuma kena maki. Gua lihat handphone gua. Jam 1530, Fatihah masih belum pulang mungkin. Hati gua rasa tak sedap. Ada sesuatu yang menganggu jiwa gua sejak dari pagi tadi.

"You hati-hati, jangan banyak sangat bergerak. I risau la. You cuti je la. Bukan tak boleh."

"No way, I tak nak. Means I tak nak. You fahamkan?" Fatihah membalas kerisauan gua.

Gua risau pun kena marah. Pelik betul gua rasa. Gua teguk sisa kopi. Pagi tu gua hantar isteri gua dengan pandangan penuh kerisauan. Tapi isteri gua balas dengan senyuman. Gua geleng sambil tersenyum.

"Encik Rashid, ada call." Intern jabatan gua masuk tak beri salam.

Gua ambil telefon di tangan intern gua. Suara asing digagang kendengaran. Telefon terlepas. Gua berlari terus ke tempat parking. Peluh dingin menitis. Saat itu, gua takut. Takut kehilangan. Gua menekan pedal semahunya.

Gua masih dengan suratkhabar. Ibu dan apak dalam perjalanan. Gua lihat jam 0230. Gua menekup muka. Gua risau tapi mata gua mengantuk. Gua cuba bertahan.

"You, I tak nak tau nama bunga. Please. I bukan tak suka. Tapi I ermmm. I tak minat."

"Baik syg, nanti I beri nama heroin novel. You jangan risau." gua pandang muka Fatihah penuh kasih.

"Thanks awaa. Jap I buatkan air."

Gua rasa ada tangan memegang bahu gua. Apahal tiba-tiba ada tangan asing ni. Semakin lama semakin kuat. Gua buka mata.

"Encik Rashid, tahniah. You sekarang dah jadi daddy." Ucap doktor di depan gua. Daddy apanya. Ayah la doktor.

"Fatihah?" tanya gua kaget.

Suasana sepi. Apak memegang bahu gua. Gua tatap muka doktor. Muram. Gua tatap muka apak. Juga muram. Gua semakin kaget. Gua semakin takut.

"Mari, apak bawa Rashid berjumpa dengan baby."

Gua melangkah lemah. Dunia gua gelap. Gua hanya menurut. Air mata gua mula menitis. Apak ada disebelah membisikkan kata sabar. Pintu dikuak, gua nampak ibu mengendong puteri gua. Gua semakin lemah. Mana mungkin gua mampu menjaga puteri gua seorang diri. Gua ambil puteri gua dari ibu. Air mata gua menitis. Suasana sepi. Gua azankan di sebelah kanan dan iqamat di sebelah kiri puteri gua. Gua pandang dalam-dalam wajah puteri gua. Suasana semakin sepi.

"You, sedap you azan." suara yang gua cintai muncul di belakang gua. Gua toleh. Fatihah tersenyum manis. Duduk di atas kerusi roda.

"Jangan risau la awaa. Kite kuat la. Dulu kan kita kuat. Sekarang lagi kuat sebab ada awaa."

Gua tersenyum. Air mata syukur gua mengalir. Gua pandang ibu dan apak. Apak dan ibu tersenyum. Pandai game gua sekarang. Gua berlutut di depan Fatihah. Gua pandang dalam wajah ayunya. Gua sentuh pipinya. Fatihah memandang gua penuh kasih.

"Terima kasih isteri I yang comel. You jangan takutkan I lagi. Tak baik. I gelarkan baby kita ni Melur. Tapi namanya bukan Melur."

Fatihah ketawa. Hari ini adalah hari dimana Melur lahir ke dunia. Melihat senyuman ibu dan ayahnya. Melihat wajah seronok atuk dan neneknya. Dan Melur tahu. Dialah kunci untuk cinta ibu dan ayahnya. Yang memeterai semua janji yang pernah terungkap. Yang menjadi bukti cinta suci ibu dan ayahnya. Melur tahu itu. Dan Melur tersenyum.

No comments:

Post a Comment