Gua hari ini mahu menulis dengan bait sastera.
Sabtu, 20 Ogos 2016
Malam ini disaat aku mendengar suaramu, disaat aku menghubungi mu untuk mengisi masa senggangku. Ianya sama seperti saat kali pertama aku mendengar alunan merdu suaramu sayang. Nada suaramu yang membaitkan rasa sayang darimu untuk diriku yang timbul ikhlas dari hatimu. Sungguh keikhlasan itu aku sedari. Yang mampu memberikan diriku ketenangan yang menenangkan segenap sanubariku. Yang pastinya mampu membuatkan aku tersenyum meniti malamku.
Adakah kamu tahu sayang? Disaat dirimu membaitkan kata untuk diriku. Terlahir nada dan irama cinta yang aku inginkan darimu. Terlahir percikan kebahagiaan darimu yang sentiasa menenangkan diriku. Sungguh aku bersyukur kerana Allah menghadirkan dirimu kepadaku disaat aku bersedia untuk menjaga suri hatiku. Sungguh aku mampu tersenyum kerana Allah sentiasa ada diantara aku dan dirimu untuk meniti hari bahagia kita. Sesungguhnya sayang, di dalam hati sanubariku tersemat satu janji yang akan aku sentiasa ingati. Janji yang aku lafazkan di sujudku saat lamaranku dirimu terima dengan senang hati.
Sesungguhnya sayang, aku berterima kasih kepadamu. Teruslah menjadi suri dihatiku. Teruslah menjadi ketenanganku. Teruslah menjadi cinta hatiku. Sesungguhnya tanpa dirimu Nur Fatihah, aku tahu diriku tidak mampu berdiri seperti kini. Dirimu adalah cahaya yang membawaku pergi dari kegelapanku. Aku beruntung ada kamu.
Semoga cinta antara kita sentiasa dilindungi oleh Tuhan yang Esa.
No comments:
Post a Comment