Monday

Lubuk paling dalam

Malam ini, biasa seperti malam sebelumnya. Bintang masih bertaburan di langit, bulan masih bersinar megah, sahutan burung pungguk yang kagum akan keindahan bulan purnama dan gua yang masih belum melelapkan mata.

Mata gua terkebil-kebil di dalam kegelapan malam yang semakin hampir ke penghujung waktunya. Gua masih belum mengantuk. Walau pada awalnya gua mahu melelapkan mata. Hati gua ada sedikit celaru. Memikirkan apa yang gua rancangkan. Apa yang gua impikan. Bak kata orang putih deep thinking. Rasanya la kot. Nanti gua tanya tunang gua betul ke tak istilah orang putih tang gua pakai.

Waktu-waktu begini pastinya wajah ayah dan mak gua silih berganti. Saban hari sebelum tidur pasti gua tertanya apa yang mereka jamah pada hari ini? Sihat atau tidak mereka? Gua bukan tak pernah call mak ayah gua. Boleh dikatakan setiap hari gua call tanya khabar. Tapi lu semua pun tahu. Mak ayah ni mana nak buat anak mereka risau. Semua okay sahaja jawapan mereka.  Tambahan pula, mak ayah gua bukan jenis berborak.

Ada waktunya dahulu gua rasa rugi ada mak ayah seperti mereka. Jujur gua cakap. Takde tipu bila melibatkan mak ayah ni. Bila gua tengok mak ayah orang lain boleh bergurau dengan anak-anak mereka. Buat gua cemburu. Mungkin sebab itu gua sering hilang dari rumah melepak dengan budak kampung gua dahulu.

Tetapi bila gua dah merantau, jauh dari pandangan mereka dan sedikit sebanyak keadaan gua mengubah persepsi gua. Mungkin kalau mak ayah gua tak macam yang gua ceritakan. Gua masih cashier dekat 7 eleven melayan budak sekolah nak beli slurpie. Tu la, bila fikir pasal ni mesti gua ada sedikit sebak. Apa lu orang ingat gua gangster takde perasaan ke? Gua pun ada rasa la.

Lu orang tak payah nak faham. Gua tulis bukan suruh lu orang faham.

Sunday

Twitter dan menang

Gua scroll twitter. Seperti selalu sebelum gua mulakan rutin harian gua. Membaca luahan rasa pengguna twitter. Seperti selalu juga gua membuka profil twitter tunang gua. Melihat gambarnya yang manis bertudung biru lembut dan memcebik seperti marah. Sedang gua meneliti, gua terlihat bio twitter tunang gua.

R's

Wow, gua terkesima. Berbunga hati gua bila melihatnya. Pastinya R itu adalah gua, tiada yang lain di hati tunang gua. Gua berbangga kerana gua yang bertuah memiliki hati tunang gua. Dalam beribu lelaki yang mahukan cinta beliau. Gua yang menang. Gua tersenyum sambil memulakan hari gua dengan jayanya.

Terima kasih sayang. Untuk segalanya. Kamu sememangnya misteri. Misteri yang indah. Seindah senyuman kamu

.

Mesin Masa IV

Pagi itu redup. Pagi hujung minggu yang indah dalam hidup gua. Pagi itu sememangnya indah. Tiada kicauan burung kerana gua di tingkat 10. Matahari masih belum memberi sinar. Hanya bulan dan bintang yang mula mengundurkan sinaran mereka. Gua pergi menyucikan diri.

Gua menadah tangan mengucap syukur pada Allah yang satu. Kerana dengan indahnya Dia mengatur segalanya. Kerana Dia sentiasa mendengar permintaan dari gua. Dari zaman kecil, setelah gua dibolehkan untuk disebat. Gua sering memohon pada Nya. Walaupun gua pernah lupakan kekuasaan Nya terhadap diri gua suatu masa dahulu namun Dia tetap ada dengan gua. Membawa gua ke arah jalan yang Dia telah aturkan untuk gua.

Gua bangun mendapatkan telefon gua,

"Selamat pagi sayang."

ting

"Morning you" balas Fatihah. Mesra seperti selalu.

Gua duduk sambil mengimbau kenangan semalam. Kenangan yang paling indah dalam hidup gua, Kenangan yang akan gua sentiasa ceritakan pada anak gua nanti. Supaya mereka tahu dan faham betapa besarnya kasih ayah mereka terhadap ibu mereka.

"Jadi boleh kita mulakan?"

Gua mengangguk tanda setuju. Salam dihulur dan gua berjabat salam dengan yakinnya. Lafaz itu disebut dan gua mengamati lafaz itu. Lafaz yang gua sambut dengan penuh rasa yang gua sendiri tidak boleh tafsirkan. Kali pertama gua tidak dapat menafsirkan rasa yang gua alami. 

Cahaya mentari sudah mula masuk ke kamar gua. Cahaya mentari yang cukup bersejarah bagi gua. Afiq masuk bersama Wan. Terkejut gua bila diorang masuk tanpa mengetuk. Musibat betul gua rasakan. Nasib baik mood gua pagi itu baik. Kalau tidak gua dah smackdown dua-dua sekaligus tanpa belas.

"Shid, nah baju kau. Jap lagi ada orang datang pakaikan samping. Pergi mandi la musibat. Pukul 11 dah." Afiq hulur baju gua acuh tak acuh.

"Okay, keluar le. Takkan lu nak tengok gua pakai baju." Sambut gua dengan angkuhnya.

Gua keluar dari bilik gua, Turun ke bawah tempat dewan yang akan menjadi saksi segalanya. Ramai yang telah menunggu. Family gua telah berada di posisi rehearsal semalam. Seakan masa berhenti di saat Fatihah muncul. Saat dirinya tersenyum memandang gua membuatkan gua cair. Senyuman yang pasti membuatkan gua hilang tumpuan untuk selamanya. Senyuman yang pada pagi itu membuatkan gua terus yakin dirinya akan ada disetiap waktu bersama gua. 

"You cantik seperti selalu sayang." saat Fatihah tiba disisiku.

"I know that. I'm a prettiest woman for you" 

Gua hulur tangan kepadanya dan dirinya sambut bersama senyuman. Saat itu, saat gua dan Fatihah berjalan bersama, diiringi alunan kompang. Disaksikan ribuan mata. Saat itu, adalah saat permulaan segalanya. Permulaan untuk mesin masa gua dan Fatihah bergerak dan akan terus bergerak mengikut aturan Nya. 

Saturday

Mesin Masa III

Gua lipat sejadah di Musolla. Hati gua gundah, risau, takut, dan berbagai lagi rasa yang buat gua tak tenang. Gua melangkah keluar. Duduk di depan bilik itu. Gua capai suratkhabar di depan gua. Gua belek dan gua tak tahu apa yang gua baca. Fikiran gua menerawang.

"So as discussed before, Dato' agreed to proceed with our plan."

Staff gua tekun mendengar. Tak berkelip. Suzana sedang tekun mengambil minit mesyuarat. Nak mampus kalau dia tak amik. Percuma kena maki. Gua lihat handphone gua. Jam 1530, Fatihah masih belum pulang mungkin. Hati gua rasa tak sedap. Ada sesuatu yang menganggu jiwa gua sejak dari pagi tadi.

"You hati-hati, jangan banyak sangat bergerak. I risau la. You cuti je la. Bukan tak boleh."

"No way, I tak nak. Means I tak nak. You fahamkan?" Fatihah membalas kerisauan gua.

Gua risau pun kena marah. Pelik betul gua rasa. Gua teguk sisa kopi. Pagi tu gua hantar isteri gua dengan pandangan penuh kerisauan. Tapi isteri gua balas dengan senyuman. Gua geleng sambil tersenyum.

"Encik Rashid, ada call." Intern jabatan gua masuk tak beri salam.

Gua ambil telefon di tangan intern gua. Suara asing digagang kendengaran. Telefon terlepas. Gua berlari terus ke tempat parking. Peluh dingin menitis. Saat itu, gua takut. Takut kehilangan. Gua menekan pedal semahunya.

Gua masih dengan suratkhabar. Ibu dan apak dalam perjalanan. Gua lihat jam 0230. Gua menekup muka. Gua risau tapi mata gua mengantuk. Gua cuba bertahan.

"You, I tak nak tau nama bunga. Please. I bukan tak suka. Tapi I ermmm. I tak minat."

"Baik syg, nanti I beri nama heroin novel. You jangan risau." gua pandang muka Fatihah penuh kasih.

"Thanks awaa. Jap I buatkan air."

Gua rasa ada tangan memegang bahu gua. Apahal tiba-tiba ada tangan asing ni. Semakin lama semakin kuat. Gua buka mata.

"Encik Rashid, tahniah. You sekarang dah jadi daddy." Ucap doktor di depan gua. Daddy apanya. Ayah la doktor.

"Fatihah?" tanya gua kaget.

Suasana sepi. Apak memegang bahu gua. Gua tatap muka doktor. Muram. Gua tatap muka apak. Juga muram. Gua semakin kaget. Gua semakin takut.

"Mari, apak bawa Rashid berjumpa dengan baby."

Gua melangkah lemah. Dunia gua gelap. Gua hanya menurut. Air mata gua mula menitis. Apak ada disebelah membisikkan kata sabar. Pintu dikuak, gua nampak ibu mengendong puteri gua. Gua semakin lemah. Mana mungkin gua mampu menjaga puteri gua seorang diri. Gua ambil puteri gua dari ibu. Air mata gua menitis. Suasana sepi. Gua azankan di sebelah kanan dan iqamat di sebelah kiri puteri gua. Gua pandang dalam-dalam wajah puteri gua. Suasana semakin sepi.

"You, sedap you azan." suara yang gua cintai muncul di belakang gua. Gua toleh. Fatihah tersenyum manis. Duduk di atas kerusi roda.

"Jangan risau la awaa. Kite kuat la. Dulu kan kita kuat. Sekarang lagi kuat sebab ada awaa."

Gua tersenyum. Air mata syukur gua mengalir. Gua pandang ibu dan apak. Apak dan ibu tersenyum. Pandai game gua sekarang. Gua berlutut di depan Fatihah. Gua pandang dalam wajah ayunya. Gua sentuh pipinya. Fatihah memandang gua penuh kasih.

"Terima kasih isteri I yang comel. You jangan takutkan I lagi. Tak baik. I gelarkan baby kita ni Melur. Tapi namanya bukan Melur."

Fatihah ketawa. Hari ini adalah hari dimana Melur lahir ke dunia. Melihat senyuman ibu dan ayahnya. Melihat wajah seronok atuk dan neneknya. Dan Melur tahu. Dialah kunci untuk cinta ibu dan ayahnya. Yang memeterai semua janji yang pernah terungkap. Yang menjadi bukti cinta suci ibu dan ayahnya. Melur tahu itu. Dan Melur tersenyum.

Tuesday

Mesin Masa II

23 November 2025

Gua masih menatap lembaran kerja di hadapan gua. Suzana PA gua sudah setahun berhenti mengikut suaminya ke Dubai. Rezeki kau la Suzana dapat kahwin dengan orang kerja hebat. Kalau ada PA tak payah gua serabut nak susun kerja gua dalam fail yang tebal mencanak.

*ting

" Ada mana? Kopi jom."

Lama gua tak jumpa Afiq. Sejak dia jadi pengurus dah bertahun gua tak jumpa dia. Kali terakhir gua jumpa dia waktu dia jadi pengapit gua. Gua ambil kunci civic gua. Terus tinggalkan kerja yang berlambak.

" How's your life shid? Its been a long time since our last meet up. " Afiq membuka bicara. Dan perbualan gua dan dia berlaku hampir ke matahari tersepak awan terjatuh ke ufuk barat. Gua berjabat gaya orang kaya dengan Afiq. Sebelum gua bla afiq tunjuk sekeping gambar. Gambar dia dan keluarga bahagia dia. Gua senyum tanda bangga sebab member gua akhirnya berjaya memenangi hati gadis idamannya

Gua memandu laju civic gua terus ke Seremban. Tempat dimana gua hidup selepas gua berjaya melafazkan kata ijab dan kabul untuk memiliki kekasih hati gua. Jam di tangan menunjukkan jam 0000. Hari yang baru dan tarikh yang penting untuk gua dan isteri gua. Tarikh dimana gua dan dia mula-mula memeterai kata untuk bersama. Mengenali dan membuka ruang untuk satu sama lain.

Gua lihat rumah gua gelap. Mak cik Sharifah pasti sudah pulang. Rumah yang gua berjaya beli hasil dari perkongsian hidup dengan isteri gua. Rumah yang telah kami hiaskan dengan gelak tawa puteri dan putera kami. Gua melangkah masuk. Semuanya tersusun rapi. Bagus kerja maid gua. Sedap mata gua memandang. Gua melangkah naik meniti anak tangga.

Gua kuak kamar puteri gua yang gua gelarkan Melur. Seindah namanya begitulah puteri gua. Hasil rezeki yang Allah kurniakan.

" Maaf ayah pulang lewat sayang." gua mengucup mesra puteri gua.

Gua terus berlalu ke bilik gua. Gelap dan gua biarkan gelap. Putera kami tidur nyeyak di dalam katilnya. Hampir setahun umurnya. Gua duduk di birai katil. Mengelusi wajah manis isteri gua. Nyeyak tanpa sebarang kata. Wajah yang sentiasa ada dengan gua. Gua tatap sepuasnya.

"You. I lapar. I tunggu you " suara lunak Fatihah memecah keheningan malam.

Gua terkejut. Memang kepakaran isteri gua bercakap sambil tidur.

" Jom teman I makan. I pun lapar."

Fatihah tersenyum. Senyuman seorang isteri yang gua cintai. Gua dan Fatihah terus menuju ke dapur. Mendengar celoteh Fatihah tentang kerjayanya. Sambil aku menikmati masakannya. Ada sahaja cerita dari Fatihah. Dan gua terhibur dengan setiap perilakunya. Kasih antara gua dan dia tiada sempadannya.

" I sayangkan you. Sepenuh hati I." kata gua padanya ketika dia sedang berceloteh. Dia memandang gua dengan penuh kasih sambil tersenyum manis.

Dia adalah Fatihah. Isteri gua yang gua janjikan kebahagiaan. Isteri gua yang pernah gua katakan pada ibu dan apak, kebahagiaannya akan gua jaga rapi. Serapi kasih mereka berdua terhadap Fatihah.

Nama Fatihah seindah pemiliknya. Yang sering membuatkan gua tenang walaupun kerja gua sering merungsingkan. Melihat senyumannya, dan kepenatan gua hilang.

Malam itu berlalu seperti saat pertama gua melamarnya. Cinta yang semakin mekar. Tanpa hujungnya.

Monday

Lagu lama

Hari Isnin cuti ganti maal hijrah jam 1553. Gua dengar lagu Santa Esmeralda. Gua baru selesai mengemas bilik gua. Sambil gua termenung depan WhatsApp. Gua pun tak tau apa yang gua menungkan. Tapi gua perhati lama. Makin gua perhati. Semakin lama. Dan terus lama. Gua baru perasan banyak group WhatsApp yang dah berhabuk.

Apebenda la yang gua merepek meraban ni.

Saturday

Semut api

Gua ada beli coklat. Sejujurnya, gua tak tahu menahu pasal coklat ni. Yang gua paling tahu coklat kedburi. Gua rasa coklat tu dah habis lejen dah dalam deria rasa gua. Tapi sejak gua nampak senyuman tunang gua lepas gua bagi dia coklat. Gua rasa semangat nak tahu pasal coklat dan jenisnya.

Jadi sekarang ni gua ada dengar pasal ada kedai coklat kat ioi mall Putrajaya. Gua nak terjah kejap tengok apa yang istimewa sangat. Nak kena kumpul coklat untuk senyuman cinta hati intan payung gua. Jumpa pun jarang kan. Bila jumpa tu dapat tengok senyumannya. Boleh buat gua jadi gula kapas terbang ke awan.

Apapun gua nak cakap, gua sayangkan tunang gua. Lu orang buat relaks je baca. Jangan nak muntah bagai. Macam la tak pernah ada awek.