Monday

Jalak

Pagi ini indah tiada tandingan. Gua bangun dan melangkah lemah ke beranda rumah gua. Matahari masih segan untuk menyinari bumi yang masih dilitupi embun pagi. Di kejauhan Jalak bukan main lagi berkokok angkuh. Cuba memenangi hati ayam betina jiran sebelah. Jalak yang sudah dua bulan cuba memenangi hati betina idamannya masih belum berjaya. Lantak kau la Jalak. Mungkin taji kau masih belum tajam lagi.

Gua berlalu ke dapur. Terhidu aroma kopi yang manis. Jam sudah 8 pagi namun kelibat isteri gua masih belum kelihatan. Gua berjalan ke ruang tamu semula. Duduk di atas kerusi rotan buatan 1957. Gua beli dengan seorang tauke sayur di pekan tiga tahun lepas. Gua masih menunggu isteri gua. Masih tiada. Gua tunggu dan tunggu. Masih jua tiada. Jam mula beralih dari angka 8 ke 9. Dan isteri gua masih belum tiada.

Tiba-tiba gua dengar bunyi deringan telefon. Gua terjaga.

Nampaknya gua bermimpi. Fatihah masih lagi tunang gua. Bulan Julai nanti baru gua ada isteri. Gua bangun mandi.

No comments:

Post a Comment