Monday

Mesin Masa V

Hujan semakin lebat menimpa bumi. Membawa rahmat dari Pencipta yang agung. Gua perhati jam yang kian mengarah ke pukul satu pagi. Jualan gua hari ini kurang memberangsangkan. Tetapi gua masih relaks mengrill daging burger di atas kuali rata yang gua beli setahun lepas. Pembantu gua tiada malam ini. Pergi ke pekan katanya, mahu berjumpa kekasih hati yang jauh di mata. Budak sekolah sekarang ni bukan main advance lagi. Tak macam gua dulu, waktu sekolah fikir mana nak ponteng kelas.

Aroma daging burger semakin membangkitkan aroma malam yang semakin dingin. Gua angkat dan letak di atas roti ban yang gua potong tadi. Sambil mengemas, gua teringat celoteh manja isteri gua.

" You, dah lama kan kita tak jalan-jalan?" tanya Fatihah sambil melirik senyuman manja.

Memang sudah lama gua tak berjalan dengan isteri gua yang jelita. Hampir setiap masa gua, gua habiskan dengan kedai bundle dan gerai burger. Belum masuk kerja pejabat gua yang kadangkala gua bersengkang mata di rumah. Gua terkesima sebenarnya bila soalan tersebut menerpa halus ke gegendang telinga gua. Ada benarnya, di dalam kesibukan gua, gua hampir terlupa tanggungjawab gua kepada isteri gua. Tanggungjawab untuk sentiasa mengukir kegembiraan di hatinya.

Kotak terakhir sudah gua angkut ke bonet kereta. Gua meluncur laju di jalanan Senawang yang kian menyepi. Hanya satu dua kenderaan sahaja yang masih gagah mengharungi malam. Setibanya di rumah hanya lampu porch yang menyala. Gua masuk ke rumah lantas terus menuju ke bilik. Fatihah telah tidur nyeyak dibuai mimpi. Wajahnya yang indah dan tenang gua tatapi sedalamnya. Rambutnya gua elus perlahan.

"Sayang, maafkan I. I hampir sahaja mengabaikan you" gua berkata penuh penyesalan.

Gua bangkit dan menyucikan diri. Selesai semua, gua baring di atas katil bersama isteri gua yang tercinta. Kepala gua ligat memikirkan apa kejutan yang perlu untuk isteri gua. Untuk mengubati hatinya yang mungkin gua sudah lukakan. Gua merasakan ada sentuhan di dada gua. Gua menoleh, Fatihah masih lena. Dalam lenanya dia mengucapkan kata sayang dan rindu.

"I rindukan Rashid yang dulu"

Gua tahu. Semuanya takkan sama. Tetapi percayalah sayang, I tetap Rashid you yang sama.

Jalak

Pagi ini indah tiada tandingan. Gua bangun dan melangkah lemah ke beranda rumah gua. Matahari masih segan untuk menyinari bumi yang masih dilitupi embun pagi. Di kejauhan Jalak bukan main lagi berkokok angkuh. Cuba memenangi hati ayam betina jiran sebelah. Jalak yang sudah dua bulan cuba memenangi hati betina idamannya masih belum berjaya. Lantak kau la Jalak. Mungkin taji kau masih belum tajam lagi.

Gua berlalu ke dapur. Terhidu aroma kopi yang manis. Jam sudah 8 pagi namun kelibat isteri gua masih belum kelihatan. Gua berjalan ke ruang tamu semula. Duduk di atas kerusi rotan buatan 1957. Gua beli dengan seorang tauke sayur di pekan tiga tahun lepas. Gua masih menunggu isteri gua. Masih tiada. Gua tunggu dan tunggu. Masih jua tiada. Jam mula beralih dari angka 8 ke 9. Dan isteri gua masih belum tiada.

Tiba-tiba gua dengar bunyi deringan telefon. Gua terjaga.

Nampaknya gua bermimpi. Fatihah masih lagi tunang gua. Bulan Julai nanti baru gua ada isteri. Gua bangun mandi.