Thursday

Setia

Gua baca apa yang tertulis di dalam blog gua ni. Satu persatu. Gua rasa pun gua je la yang setia membaca blog gua ni. Sebab blog gua ni tak ramai pun yang tahu. Gua buat blog ni pun sebagai memo untuk gua. Memo ni fungsinya memberi peringatan. Itulah misi utama blog gua ni. Memberi peringatan andai gua terlupa. Jadi tiada pembaca setia yang lain selain gua.

Cakap pasal setia ni, gua teringat waktu gua hilang jam gua waktu sekolah rendah dulu. Jam yang ada kartun boleh buka tutup dulu memang dah habis mewah dah kalau ada. Gua punya ikat perut meleleh air liur tengok member gua makan mi rebus kat kantin semata nak beli jam tu. Sekali pakai seminggu tak silap gua, terus hilang. Gua pulak jenis sentimental dari kecik. Murung kehidupan gua waktu tu sebab gua kehilangan. Lepas tu dulu gua ada tiga bantal busuk. Bantal tu mak gua yang buat pakai kekabu. Punyalah gua sayang, sekali satu hari tu ayah gua bakar. Gua murung tidur tak berbantal. Rasa sedih sebab gua kehilangan bantal.

Itulah episod kehilangan gua waktu gua hingusan dulu. Pasal setia tu gua pun tak tahu sebenarnya nak cerita pasal setia ni. Jadi gua buat relaks je la sambil fikir nak karang cerita masa depan gua dengan NF.

Sunday

Cintaku

Gua hari ini mahu menulis dengan bait sastera.

Sabtu, 20 Ogos 2016

Malam ini disaat aku mendengar suaramu, disaat aku menghubungi mu untuk mengisi masa senggangku. Ianya sama seperti saat kali pertama aku mendengar alunan merdu suaramu sayang. Nada suaramu yang membaitkan rasa sayang darimu untuk diriku yang timbul ikhlas dari hatimu. Sungguh keikhlasan itu aku sedari. Yang mampu memberikan diriku ketenangan yang menenangkan segenap sanubariku. Yang pastinya mampu membuatkan aku tersenyum meniti malamku.

Adakah kamu tahu sayang? Disaat dirimu membaitkan kata untuk diriku. Terlahir nada dan irama cinta yang aku inginkan darimu. Terlahir percikan kebahagiaan darimu yang sentiasa menenangkan diriku. Sungguh aku bersyukur kerana Allah menghadirkan dirimu kepadaku disaat aku bersedia untuk menjaga suri hatiku. Sungguh aku mampu tersenyum kerana Allah sentiasa ada diantara aku dan dirimu untuk meniti hari bahagia kita. Sesungguhnya sayang, di dalam hati sanubariku tersemat satu janji yang akan aku sentiasa ingati. Janji yang aku lafazkan di sujudku saat lamaranku dirimu terima dengan senang hati.

Sesungguhnya sayang, aku berterima kasih kepadamu. Teruslah menjadi suri dihatiku. Teruslah menjadi ketenanganku. Teruslah menjadi cinta hatiku. Sesungguhnya tanpa dirimu Nur Fatihah, aku tahu diriku tidak mampu berdiri seperti kini. Dirimu adalah cahaya yang membawaku pergi dari kegelapanku. Aku beruntung ada kamu.

Semoga cinta antara kita sentiasa dilindungi oleh Tuhan yang Esa.

Friday

Pokemon

Gua tengah pandang siling bilik gua. Gua pandang siling, siling senyum sinis. Memang gua tengah penat dan lelah mengajar orang tak reti nak ada inisiatif belajar sendiri.

Sejak dari azali lagi gua memang pantang orang nak kerja tapi buat kerja main-main. Kalau tak nak kerja ada bersepah lagi manusia kat luar sana nak ganti tempat lu. Kalau semua nak harap disuap dari A sampai Z. Lebih baik gua yang buat semua kerja lu. Tapi semua manusia tak sama. Kalau gua baran tak tentu hala ni pun buat penat kepala gua je.

Senang cerita gua nak cakap hidup orang kerja ni macam main Pokemon Go. Lu mula dari level 1, sebab lu nak naik level lu belajar semua sendiri. Itulah inisiatif. Cuba la lu faham konsep tu dan guna waktu kerja. Ni bukan main susah lagi gua nak ajar.

Letih dengan manusia macam lu. Baik gua ngadap Pokemon Go. Bolehlah jugak bagi gua manfaat naik level.

Lepas mandi

Pernah dulu, lepas gua "berjebor". Sebelum tu gua nak cerita pasal perkataan yang gua tandakan. Itu adalah bahasa jawa untuk mandi parit.

Contoh ayat:
"Gua dah Form 5 pun masih berjebor lagi"

Berbalik semula pada topik yang gua nak cerita, lepas gua dengan member gua naik ke tebing parit. Member gua tanya satu soalan, bila gua nak bercinta? Sebab waktu tahun 2008 memang trend budak main miscall pastu acah2 nak kenal. Pastu declare bercinta. Lepas tu si lelaki pun berlakon sakit sebab nak bagi awek dia sayang kat dia. Pebenda la trend zaman tu. Nasib baik gua waktu tu hati batu tak terjebak dengan aktiviti tersebut.

Jadi gua dengan muka selamba sambil hisap Nusantara beri jawapan yang mudah.

"Gua nak bercinta bila gua tahu gua sedia nak bercinta, dan gua nak lu semua tahu gua ni one woman man. Bila gua bercinta gua lock hati gua untuk sorang yang buka hati dia untuk gua. Dan kalau dia tinggalkan gua, tu memang dia bukan seseorang yang patut gua hargai."

Gua jawab dengan angkuh tapi bila gua toleh kiri kanan, gua tengok masing-masing tengah sms dengan awek salah nombor mereka. Musibat betul gua rasa waktu tu.

Itu dulu waktu gua Form 5, bila gua ingat balik gua gelak sendiri. Sebab gua dapat buktikan apa yang gua cakap bukan gua reka nak sedapkan hati. Gua sekarang ni, tak habis lagi bersyukur dengan Allah. Gua dah ada seorang gadis yang bakal menjadi peneman hidup mati gua. Dia punya senyuman gua boleh cair sehabisnya.

Dan gua sering menulis tentangnya supaya gua tahu dialah peyelamat gua. Penyokong gua setelah gua pernah jatuh dulu. Gua tahu dia akan terus dengan gua sehingga ke hujung hayat gua.

Tahun 2017 gua nak jadi suami dia. Gua nak jadi suami yang bukan setakat handsome, tapi suami yang mampu hilangkan penat NF.

Tapi gua tak masuk lagi kursus kahwin. Bulan depan Mak gua mesti tanya lagi. Gua pun buat tenang je sekarang ni.

Wednesday

Prenz

Gua baru siap key in medical punya usage dalam Excel dekat office gua yang bersuhu negatif 70 darjah celcius. Musibat betul la setup aircond sampai gua nak gerak jari pun susah, Tengah gua relaks sambil minum kopi 3 in 1 oldtown, gua terfikir berapa ramai kawan yang gua ada untuk gua jemput datang hari bahagia gua.

Kira punya kira, tak habis pun jari tangan dengan kaki, Baru gua sedar, kawan gua tak ramai. Nampak sangat gua tak reti berkawan.

Gua buat bertenang hirup sisa kopi.