Gua scroll whatsapp gua lama. Sampai whatsapp gua dah tak dapat di scroll ke bawah. Gua baca semua conversation lama gua dengan tunang gua. Banyak yang gua dah kongsikan bersama dia. Mungkin bagi orang lain ianya satu kerja sia-sia. Tapi bagi gua, ianya adalah memori gua dan Teacher NF. Saat pertama gua beli smartphone Sony gua. Hinggalah ke hari ini. Ianya terus bertambah. Dan di hati gua sentiasa ada harapan semoga ianya berterusan. Gua masih ingat saat pertama gua berbual dengan tunang gua. Ianya sentiasa indah. Bukan mudah untuk menambat hati dan cinta tunang gua. Bukan mudah gua nak buktikan cinta gua pada beliau. Biarlah masa dan jodoh sentiasa ada untuk gua dan NF. Apa sahaja yang akan terjadi, semoga Allah sentiasa ada melindungi jodoh gua dan NF.
Besar harapan gua, disaat rambut gua sudah bertukar putih. Sambil gua meneguk kopi O bancuhan kasih NF. Di hadapan mentari senja, ombak membadai pantai. Awan dan langit mula merona merah. Di waktu itu, gua mahu tatap mata NF. Gua mahu katakan pada dia. Terima kasih isteriku atas apa yang telah dirimu kongsikan bersamaku. Gua mahu ianya berlaku.
Semoga jodoh kita berkekalan sayang.