Thursday

Tersentuh

Gua ni jarang nak tersentuh bagai ni. Maklumlah gua ni gangster. Hati gangster mana ada lembut-lembut. Hati gua ni keras level batu Gunung Everest. Tapi tadi gua terbaca blog sahabat ke syurga gua ni.

Punyalah dia hargai gua. Terima kasih Maja. Untuk semua benda yang lu beri sokongan pada gua. Lu punya wish untuk gua, gua ada sikit tersentuh. Terima kasih doakan kebahagiaan gua. Nanti satu masa gua bawa cinta hati gua jumpa lu. Mesti lu nak jumpa punya gadis yang menyelamatkan gua.

Terima kasih BTJ. Lu memang kawan yang terbaik pernah gua ada. Minta maaf kadang-kadang lu gua tak contact. Bukan pasal gua sibuk. Tapi gua sekarang kuat tidur.

Lu jaga diri lu Maja. Ada apa hal kasi roger gua. Lu jangan risau, BTJ lu ni sampai bila-bila ada untuk support lu. Lu kena gembira selalu. Kalau lu sedih siapa nak dengar cerita sedih gua. Jangan tersentuh dengan apa gua tulis ni. Gua saja isi masa lapang sebelum sahur.

Monday

Cempaka

23 November 2021
Hujan renyai mula menitik lembut membasahi bumi. Gua  sejak dari langit ada bintang sampai renyai masih berdiri ditepi mamak tempat gua minum. Bukan gua sengaja nak berdiri macam orang hilang pedoman. Gua parking kereta jauh lebih sekilometer. Duduk bandar besar ni bukan senang nak dapat parking. Gua tengok langit, makin menganas gelapnya.

Tak boleh jadi ni.

Gua terus berlari laju serupa usain bolt ke arah kereta gua. Kereta lama warna silver yang masih ada dengan gua. Gua bukak pintu start injin terus memecut laju ke rumah gua.
Saat gua melangkah masuk ke rumah gua. Gua dapat lihat gambar gua dan isteri gua tersayang menghiasi dinding rumah gua dan dia. Senyuman dari isteri gua tak pernah hilang sejak dari hari pertama gua keluar date dengan dia. Gua tengok rumah gua kemas tersusun. Pernah dulu waktu gua dan isteri gua bertunang usha decoration rumah dekat AEON Shah Alam. Waktu tu gua hingusan dia lagi la hingusan. Tiap kali gua lihat susunan rumah gua. Pasti terngiang celoteh manja isteri gua.

" Nanti kita hias rumah kita sama-sama tau you "

Gua dan NF tak sembang kosong. Rumah ini, hasil dari usaha gua dan dia. Hasil dari peluh dan darah gua dan NF. Sikit-sikit gua realisasikan. Dan NF seperti biasa, sentiasa ada disisi gua. Menyokong penuh apa yang gua buat untuk gua dan dia. Sentiasa dia tersenyum di sisi gua.
Gua baring di atas sofa. Gua malas nak mandi. Gua ambil remote onkan TV channel HBO. Terus terpancar filem mat salleh yang gua tak tahu apa tajuknya.

"You, bangun.Kenapa tidur kat sofa ni?"

Gua terjaga. Sekuntum senyuman yang gua sayangi terbit di hadapan gua. Gua lihat jam dinding, 0130. Lama gua tertidur. NF geleng kepala. Lantas menutup TV yang gua onkan tadi.

" Dah you, pergi mandi lepas tu masuk tidur tau"
                                                                                                                    
                 - Cempaka, November 2021

Satu je pesan gua pada diri gua. Jangan pernah gua siakan NF. Jangan pernah gua hilangkan senyuman di wajah manisnya. Itu janji gua.

Saturday

Gambar

Semalam gua balik ke kampung halaman gua. Rumah ayah gua yang pasti. Gua mana ada rumah. Penipu brader kat FB kata boleh beli rumah awal.

Gua melangkah masuk ke dalam rumah. Mak di dapur sedang memasak. Gua lihat sekeliling. Gambar konvokesyen gua dan adik beradik gua indah tergantung. Bersih dari habuk.

Gua jalan masuk ke bilik ayah gua. Ayah gua tidur. Barangkali lelahnya seorang ayah baru terasa kini. Lelahnya yang dia tanggung berpuluh tahun dulu. Untuk gua dan adik beradik gua naik bangga ke atas pentas ijazah.

"Ayah tak kaya. Apa yang ayah boleh bagi adalah pendidikan. Jangan siakan"

Gua dulu tak pernah faham. Tetapi sejak gua jadi brader level budak sekolah boleh berlutut depan gua. Gua mula faham. Ayah gua memang miskin, sebab tu dia tak nak anak dia lupa kemiskinan dia. Dia tak nak anak dia lupa doakan kekayaan dia di akhirat. Dia tahu janji Tuhan itu pasti.

Anak yang soleh adalah harta peninggalan terbaik setiap anak Adam.

Gua tutup pintu bilik ayah perlahan. Hari ni gua masih garap cantik hidup gua. Bila dah cukup cantik. Gua balas jasa ayah.

Thursday

Bonus

Gua scroll twitter.

Nampak orang bising pasal gomen dapat bonus RM500.

Cakap itu ini gomen punya hamba kerja malas.

Kau mana tahu dia kerja malas? Kau ada lepak dalam benak fikiran dia? Kau pernah ada dalam hati ikhlas dia? Belum kan?

Dengan bonus tu ada yang mengangkat tangan bersujud lama tanda syukur.

Dalam hati dia ada syukur. Anak isteriku dapat kubelikan baju baru. Dapat aku pulang ke kampung. Tuhan terima kasih Tuhan.

Gua tenung lama twitter perkelahian tentang bonus. Apa musibat korang complain ni? Rezeki orang pun nak cemburu ke?

Gua ngantuk nak tidur. Gua pun harap syarikat gua baik hati bagi bonus ini tahun. Dapat gua beli daging batang pinang buat steak raya nanti.