Malam ni gua nak share
Gua bersyukur pada Allah
Apa yang Dia beri pada gua
Gua habis SPM gua dapat masuk U.
Habis belajar gua dapat kerja cepat.
Gua kenal ramai orang dari umur yang kecik sampai ke tua tahap boleh keluar duit EPF akaun 1
Gua dapat rasa gua sikit matang dari dulu.
Dari selalu merungut kepada lebih bersyukur.
Gua ada Mak Ayah yang sentiasa ada dengan gua.
Adik beradik gua pun gua tak lupa.
Member dari kalangan yang boleh gua gelak sama sampai ke yang boleh hulur bahu saat gua nangis teresak.
Dan saat gua jatuh tersungkur, Allah hadirkan bidadari comel sebagai semangat gua.
Bidadari yang bila senyum, tawa,marah,bercakap sentiasa comel di hati gua.
Allah bagi jalan gua nak halalkan secepatnya hubungan gua dan dia.
Dan bidadari gua, gua gelarkan sebagai NF. Bulan Mei 2016 adalah permulaan yang baik, ikatan dipersetujui setahun dan Mak gua sarungkan cincin indah di jari mulusnya nanti. Selebihnya setahun lagi dan selepas itu gua dan NF adalah satu. Gua rasa bersyukur. Alhamdulillah semuanya indah. Dan biarlah indah itu disulami berkat dari Allah.
Gua akan jaga NF sebaiknya. Itu gua katakan pada ibu dan apak.
Gua tak sabar melihat NF untuk bulan Mei nanti. Semoga Allah sentiasa menjaga hati dan cinta kita.